Penulis: Nukman Jurkapali (Bachelor candidate at SDÜ, Isparta)
“Setiap
insan bernyawa meski harus memiliki impian” kata-kata yang diucapkan oleh
seorang moderator dalam sebuah program ketika usiaku 18 tahun. Dia berkata
kepada kami “Tuliskan apa impian kamu di sebuah kertas!!. Tulis apa-apa sahaja
impian kamu yang kecil ataupun besar”.
Ketika itu
aku menyadari bahawa ketika itu aku tidak ada sebarang impian dalam diri. Dan waktu
itu aku dikelilingi orang-orang yang bijak dan pandai sampai aku mengatakan
dalam diriku “apakah impianku sekarang? Bolehkah impian aku jadi kenyataan?”….
Sambil menunggu,
kami mencatat impian-impian dilembaran kertas. Moderator program mula buka
sebuah kisah, “Ada seorang lelaki dari negara eropa yang dahulunya ia tidak
memiliki impian dalam hidupnya. Kemudian pada suatu hari ketika dia pulang ke
rumah, dia memikirkan tentang hidupnya… “apakah impian aku?”. Lalu masuklah dia
ke biliknya dan memandang meja belajarnya. Diatas mejanya itu ada selembar
kertas. Kemudian duduknya dia dimeja belajar dan mengimbas kembali apa yang
dikatakan oleh gurunya”.
“Jika ada
impianmu walaupun kecil, tulislah dikertas..” terang moderator.
Bersambungnya
lagi…. Bila lelaki itu teriangat kata-kata gurunya itu, bermulalah dia menulis
impiannya. Impian lelaki itu lebih ada 200 impian dan dilihatnya impian yang
ditulis itu hari-hari. Dan banyak impiannya adalah mengembara lebih 50 negara
dalam hidupnya.
“kemudian
nak tahu apa yang terjadi pada lelaki eropa itu?” Tanya moderator pada kami.
“dia telah
mengembara lebih 45 negara sekarang ini dan hampir mencapai 200 impiannya itu. Dari
seorang yang tidak ada impian sehingga menjadi orang yang hampir mencapai
impiannya”. Tambah moderator.
Bila aku
mendengar kisah lelaki itu, aku mula menulis impianku dari impian sekecilnya
hingga sebesarnya dalam keadaan main-main. Seperti mesti pandai masak, pandai
memandu kereta, berjalan-jalan didalam dan luar negara dan banyak lagi. Sambil gelak-gelak
dan sampai impianku yang besar aku menulis…
“Saya ingin
membuat grup resmi Pelajar Nusantara di Isparta ini. Adakah kamu semua setuju?”
kata seorang pelajar doctor pada kami. Beliaulah yang paling berpengalaman
diantara kami 8 orang. Beliau menunggu jawaban kami.
“Saya setuju”
sahut salah seorang dari kami, seorang pemuda tahun 2 yang belajar dalam bidang
ilahiyat (pengajian islam) di Universiti Suleyman Demirel.
“Ingat!! Bila
dah resmi grup ini, adakah kamu sanggup korban masa kamu dan kurangnya tidur
kamu nanti?” Pesan pelajar doctor itu lagi.
“Kami setuju”
kata kami sepakat 8 orang.
Setelah habis
meeting, aku dengan kawan-kawan nusantaraku mengingatkanku diantara impian
besar yang ditulis pada 9 tahun dahulu ; “Bersatunya negara-negara Nusantara”.
Tersenyumlah aku bersendirian berjalan pulang ke rumah sambil menikmati
udara sejuk Isparta dengan mengenangkan kembali impian suka-sukaku.
Kunjungi kami di:
https://www.facebook.com/nukman.jurkapali?fref=ts
Hiç yorum yok:
Yorum Gönder